Sunday, July 25, 2010

Siapa Kenal Aizdean ??

AizDean: Pelajar Malaysia Ke Jepun Jadi Penyanyi Popular



Membawa genre JPop, AizDean merupakan seorang pelajar tajaan JPA yang melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang, urmm aku rasa engineering kot. Walaupun berstatus pelajar, itu bukan satu halangan besar buat beliau untuk meneruskan minat’nya dalam bidang nyanyian.


Album terbaru, “I Need You Baby/ One” pernah menduduki tangga ketujuh dalam carta Rekochoku serta pernah membuat debut dengan sambutan yang amat besar daripada peminat. Sejak itu, nama beliau semakin mekar dalam arena industri hiburan Jepun yang pada kami memang cukup awesome! Tahu-tahu sahaja’lah industri mereka di sana memang amat besar, kalau banding dengan industri tempatan, memang jauh berbeza.

Kami terbaca di satu ruangan forum yang agak menjelekkan kami kerana ada yang mengkritik beliau tanpa menilai sendiri muzik yang dibawa’nya. Tiada sedikit pun kritikan membina, memang dasar hasad dengki. Harap anda tidak bersikap begitu, behave!

Kalau sebelum ini Zee Avi sudah berjaya mencipta nama dan menjadi sensation buat pengemar Youtube, kami harap AizDean boleh mengikut jejak langkah yang sama juga. Gambate!

Ketahui lebih lanjut mengenai AizDean di Facebook AizDean atau AizDean Official.

No comments:

Post a Comment